Mountain View

Program CyberSAFE In Schools


CyberSAFE, singkatan bagi Kesedaran Keselamatan Siber Untuk Setiap Orang (Cyber Security Awareness For Everyone), bertujuan untuk mendidik serta mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada atas talian.
Sejak tahun 2010, program CyberSAFE telah diperkenalkan kepada ribuan komuniti digital di Malaysia termasuk kanak-kanak sekolah dan guru. Salah satu program CyberSAFE yang menonjol ialah program CyberSAFE In Schools (CyberSAFE di Sekolah), yang dilancarkan pada September 2010 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, merupakan salah satu usahasama antara Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM). Daya penggerak utama program CyberSAFE di Sekolah ialah beberapa siri sesi kesedaran pendidikan kepada murid dan guru.
DiGi Telecommunications mula menyertai usahasama pintar ini pada tahun 2011 dan meneruskan usaha kempen ke seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan kanak-kanak di internet. Bermula tahun 2013, Laporan Kaji Selidik Kebangsaan CyberSAFE di Sekolah telah dikeluarkan oleh pihak DiGi bersama-sama rakan kongsi pintar yang lain. Laporan dapatan boleh dilayari di http://www.digi.com.my/digicybersafe/
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment