Mountain View

Pembangunan Bahan ePembelajaran


Sektor Pembangunan Bahan ePembelajaran (SPeP) bertanggungjawab untuk membangunkan bahan e-pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran menerusi pembelajaran maya kendiri. Bahan yang dirancang dan dibangunkan berdasarkan kepada DSKP dan RPT sekolah rendah dan sekolah menengah. Justeru, pemetaan kandungan kurikulum bagi 4 mata pelajaran utama dilaksanakan sebelum perancangan dan pembangunan bahan.
Sebagai sasaran, bahan e-pembelajaran seperti berikut akan dibangunkan pada tahun 2016:
  • BM Tahun 6
  • BI Tahun 6
  • Matematik Tahun 3 dan Tingkatan 2
  • Sains Tahun 3
Penilaian Laman Pembelajaran Yang Dimuat Naik Oleh Guru
Penilaian Laman Pembelajaran Yang Dimuat Naik Oleh Guru telah memulakan tugasnya pada  Mei 2013. Penglibatan Jawatankuasa Penilai bagi tahun 2016 masih kekal yang terdiri dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang juga bertindak sebagai urus setia, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) , Lembaga Peperiksaan (LP), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Buku Teks (BBT). Seramai 12 orang pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional daripada bahagian-bahagian KPM tersebut terlibat sebagai jawatankuasa.
Penilaian Laman diadakan di Bilik Mesyuarat PMP yang terletak di aras 3 bahagian Teknologi Pendidikan. Sesi penilaian diadakan dua kali sebulan, pada hari Khamis bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Laporan dibuat oleh setiap pegawai terlibat setelah selesai setiap sesi penilaian bagi mengetahui bilangan laman yang telah diterbitkan (published), ditolak untuk penambahbaikan atau tidak diterbitkan (declined) serta laman yang tidak boleh diakses (pending).
Sepanjang tahun 2015 sebanyak 10,070 buah laman pembelajaran telah dinilai oleh jawatan kuasa penilai melepasi Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan sebanyak 10,000 yang dimuat naik ke MOE Repository.
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment