ILTIZAM MEMACU ANJAKAN

Friday, April 06, 2012

Mohon Data Sekolah

Assalamualaikum wtb

Mohon Guru Penyelaras Bestari / ICT menghantar data sekolah pihak tuan sebelum 12 tengah hari  08 April 2012

Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai.

Borang maklumat boleh di dapati di :
http://www.4shared.com/office/hrPSKhlL/data_makmal_sekolah.html

sila emelkan kembali data yang telah lengkap kepada kami di alamat : pkg_kg_bedal@moe.edu.my


Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan PKG di talian : 09-9609717



Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai.
Sekian,

Wednesday, February 08, 2012

Assalamualaikum w.t.b

Salam Ukhuwah,,, Salam Tahun baru,,, Selamat Kembali ke sekolah!

Seperti yang kita sedia maklum, tahun baru tentunya menjanjikan pelbagai tugasan menanti, pelbagai ragam pelajar bakal ditemui.

Walaubagaimanapun, suka untuk saya ingatkan kepada Guru Penyelaras Media dan Guru Penyelaras Bestari/ICT agar mengisi Data maklumat Guru untuk tahun 2012 dan dihantar semula ke PKG Bedal pada atau sebelum 12 Februari 2012 Surat berkaitan telah dihantar ke sekolah bertarikh 31 Januari yang lalu.

Diminta juga pihak sekolah untuk mengisi Maklumat Asas Sekolah bagi Tahun 2012.

Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai.
Terima kasih.

Thursday, January 19, 2012

Kejohanan Futsal Piala KPP 2012

 
Tarikh    : 21 Januari 2012 ( Sabtu )
 
Masa     : 9.00 Pagi hingga 2.00 Petang
 
Tempat : Massa Sport Planet Futsal & Gymnasium Panji , Kota Bharu
( Bersebelahan Kompleks Anak Yatim )
 
Peserta : Terbuka kepada semua warga BTPN dan PKG Kelantan sahaja

Monday, October 03, 2011

Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ICT & Bengkel Pengisian Data SPPICTS

Perhatian! PKG Kg Bedal akan mengadakan Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ICT & Bengkel Pengisian Data SPPICTS secara ONLINE!!! anda dikehendaki membawa bersama extension wire dan lapptop masing-masing.

Mesyuarat/bengkel akan diadakan spt berikut:

Tarikh: 05 OKTOBER 2011
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Bilik Seminar PKG Kg Bedal

sebarang pertanyaan sila hubungi PKG di talian: 09-9609717...
Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai,,,

Sunday, September 18, 2011

Pengisian Data SPPICTS kali 2/2011

Assamualaikum dan Salam Aidilfitri


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Pengisian SPPICTS akan diadakan sebanyak 3kali setahun. Pengisian data kali 2/2011 telah bermula pada 14 September lalu dan akan berakhir pada 08 Oktober 2011. Guru-guru diingatkan supaya membuat pengisian lebih awal bagi mengelakkan sebarang kekangan berlaku. Sila maklum kepada PKG jika terdapat sebarang kesulitan.

Pengisian data SPPICTS boleh dibuat melalui link berikut :

http://ssqs.moe.edu.my/
http://pnp.moe.edu.my/ @
http://rnd.moe.edu.my


Terima Kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Wednesday, August 10, 2011

Penarafan iQ-PSS 2011



Salam Ramadhan kami ucapkan kepada semua warga KPM/BTP/BTPN/PKG/SEKOLAH...

Di bulan Ramadhan ini, suka untuk kami ingatkan para Guru Penyelaras Media (GPM) agar menyiapkan pengisian data bagi penarafan iQ-PSS untuk tahun 2011. Pihak tuan boleh mengakses portal tersebut menggunakan url : http://btp.tarantula.my/.

Untuk makluman pihak tuan juga, Pengisian data iQ-PSS dibuka sepanjang tahun untuk para guru mengupdate status Pusat Sumber Sekolah (PSS) masing-masing. Berikut merupakan lampiran senarai sekolah bagi kelompok PKG Kg Bedal yang telah dan belum melaksanakan aktiviti penarafan:

Pihak PKG amat berharap jika pihak tuan dapat menyelesaikan aktiviti penarafan ini pada atau sebelum bulan Oktober 2011 bagi pihak kami mengambil tindakan susulan. Kerjasama dari semua pihak amat kami hargai.



"Selamat menjalani ibadah puasa"

Ikhlas dari warga PKG Kg Bedal

Thursday, June 30, 2011

Pengisian Data SSQS 2011

Assalamualaikkum dan Salam Sejahtera...



Sukacita dimaklumkan bahawa Pengisian Data SSQS bagi tahun 2011 telah bermula pada 13 Jun lalu. Namun begitu, tarikh pengisian data telah dihagikan mengikut Zon bagi mengelakkan masalah server down @ sibuk. Berikut dinyatakan tarikh pengisian Data SSQS 2011:

Zon Sabah/ Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan

Mula : 13 Jun 2011 Tamat : 3 Julai 2011

Zon Utara / Timur

Mula : 4 Julai 2011 Tamat : 24 Julai 2011

Zon Tengah / Selatan

Mula : 25 Julai 2011 Tamat : 14 Ogos 2011

Guru-guru dinasihatkan supaya menggunakan browser Internet Explorer (IE) untuk paparan yang lebih baik. Diharapkan semua Guru Penyelaras Bestari/ICT telah bersedia dengan data sekolah masing-masing. Terima kasih dengan kerjasama yang diberikan.