Mountain View

Pembestarian Sekolah


Pengenalan
Globalisasi dan perubahan teknologi yang pesat telah mewujudkan ekonomi baharu yang dipacu oleh pengetahuan. Sehubungan itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology – ICT) telah menjadi pengupaya penting ekonomi berasaskan pengetahuan bagi kebanyakan negara. Kerajaan di seluruh dunia sememangnya mengakui kesan positif ICT terhadap pembangunan sosial dan ekonomi masyarakatnya. Justeru, semakin banyak kerajaan telah mula membuat pelaburan yang ketara dalam ICT untuk membangunkan modal insan agar mereka mampu menangani cabaran dalam era digital dan maklumat.
Pelaksanaan ICT dalam Pendidikan Melalui Penubuhan Sekolah Bestari dan Konsep Pembestarian Sekolah
ICT dalam Pendidikan bermula dengan pelancaran Aplikasi Perdana Sekolah Bestari, iaitu salah satu daripada tujuh aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC), pada tahun 1997, oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perkembangan semasa yang bertujuan meningkatkan minat, kreativiti, pengetahuan dan kemahiran murid.
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment