Ucapan Selamat Tinggal


Hari ini merupakan hari terakhir saya bertugas sebagai sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2 di PKG Kg Bedal. Pada minggu depan, bermula Ahad, 22 Ogos 2010, saya bertukar ke SK Bandar Kuala Krai sebagai Guru Penolong.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk memohon berbanyak maaf kepada semua Pentadbir, Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras ICT sekolah kelompok PKG Kg Bedal. Terima kasih atas kerjasama tuan-puan sepanjang saya bertugas di PKG.
Sebagai mana yang saya katakan dulu, banyak yang ingin saya lakukan untuk sekolah tuan-puan dan PKG. Namun kemampuan yang terbatas menyebabkan hasrat yang saya canangkan tidak dapat dijayakan sepenuhnya. Saya amat berharap agar sepanjang saya bertugas di PKG ini, sedikit -sebanyak telah membantu tuan-puan sekalian khususnya dalam pengurusan dan penggunaan PSS dan ICT.
Tidak lupa juga kepada kedua-dua staf saya yang banyak membantu saya di PKG. Nasihat saya, jagalah PKG dengan sebaik-baiknya. Jangan sekali-kali melakukan amalan yang boleh menjejaskan nama baik PKG. Sekali kita mendapat aib, jangan ingat kita akan dapat bangkit semula dalam sekelip mata.
Akhir sekali, doa saya semoga anda semua mendapat nikmat sihat sentiasa dan dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Saya yakin kita akan berjumpa lagi pada masa yang lain, pada lain ketika dan berbeza suasana. Salam ingatan….
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

1 ulasan:

  1. selamat bertugas di tempat baru di ucapkan kepada en nazri.

    ReplyDelete