Mountain View

Pengisian Data SPPICTS secara Online

Assalamualaikum wbt...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru PenyelarasBestari/ ICT yang telah menyempurnakan sesi pengisian data SSQS yang telah berakhir pada 30 Ogos 2010 yang lalu. Tahniah saya ucapkan kerana status SSQS telah mencapai 100% seperti yang kita harapkan. Semoga GPB/GPICT dapat mengekalkan status pengisian untuk tahun-tahun mendatang.

Sebagaimana yang para guru sedia maklum, Pengisian Data SPPICTS secara Online kali ke-3 telahpun bermula pada 19 September 2010 dan akan berakhir pada 8 Oktober 2010. Walaubagaimanapun, terdapat masalah teknikal yang dihadapi menyebabkan guru-guru tidak dapat mengisi data SPPICTS pada tarikh tersebut.

Semua GPB/GPBICT boleh mula mengisi data SPPICTS seperti biasa bermula 23 September 2010 hingga 8 Oktober 2010. Adalah diingatkan bahawa semua medan yang dikemukakan untuk pengisian kali ini wajib dijawab kecuali medan bagi Pusat Akses dan Perkongsian Pintar yang hanya melibatkan beberapa buah sekolah yang telah ditetapkan sahaja.

Instrumen pemantauan tersebut boleh diakses melalui mana-mana URL berikut:

a. http://ssqs.moe.edu.my

b. http://rnd.moe.edu.my/ssqs

c. http://pnp.moe.edu.m

Semoga Pengisian data SPPICTS kali ini dapat disempurnakan seperti kutipan lepas. Kerjasama dari semua guru yang terlibat amat diharapkan. Terima Kasih.
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment