Mountain View

Pemantauan SSQS Online

Terlebih dahulu PKG Kg Bedal mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah mengambil tindakan untuk mengisi maklumat dalam borang pemantauan SSQS secara atas talian tersebut . Walau bagaimanapun masih terdapat sekolah-sekolah yang belum menampakkan sebarang kemajuan. Untuk makluman, pemantauan tersebut akan berakhir pada 30 Ogos 2010. Memandangkan ianya melibatkan jumlah responden yang ramai, besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan dapat mengambil tindakan lebih awal agar tidak mengalami sebarang kesulitan atau gangguan.

Laman yang boleh dimasuki untuk tujuan tersebut adalah http://ssqs.moe.edu.my. Sebarang masalah, pihak tuan boleh berhubung dengan PKG Kg Bedal

Adalah penting bagi semua sekolah menyelesaikan pemantauan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit. Harap dalam makluman pihak tuan. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Berikut adalah progres yang dicapai oleh semua sekolah dalam kelompok PKG Kg Bedal sehingga 10 Ogos 2010, jam 4.00 petang.


Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment