Bengkel iQ-PSS dan i-NILAM

PKG Kg Bedal dan PKG Pahi telah mengadakan Bengkel i-NILAM dan iQ-PSS kepada sekolah kelompok kedua-dua PKG. Semua GPM hadir dalam sesi taklimat tersebut.

Bengkel yang diadakan di PKG Bedal dan bermula seawal jam 2.30 petang itu telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar kekusutan yang membelenggu GPM. Banyak persoalan dapat diselesaikan.

Bengkel itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pegawai dan staf kedua-dua PKG. Sebagaimana yang diputuskan dalam bengkel tersebut, Guru Data boleh memuat turun panduan untuk memindahkan data kelas dan murid dari SMM ke iQ-NILAM di sini dan panduan mengemas kini rekod bacaan murid oleh Guru NILAM di sini.

Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment