"Selamat Hari Guru, Cikgu"

Rasanya masih belum terlambat untuk warga PKG Kg Bedal mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah kelompok PKG. Lebih-lebih lagi kepada Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras ICT/Bestari. Sesungguhnya kerjasama yang tuan-puan berikan selama ini amat dihargai. Tanpa tuan-puan, siapalah kami di sini.

Juga kepada para Juruteknik Komputer dan Fasilitator Schoolnet yang ditempatkan di beberapa buah sekolah kelompok. Walaupun tuan-puan bukan termasuk dalam kalangan pendidik, namun tugasan dan persekitaran kita yang terlibat sebagai pemain di belakang tabir pendidikan, sewajarnya Hari Guru ini sama-sama dirasai dan dihayati kehadirannya.

Pada tahun ini, tema Hari Guru tidak berubah, mengulang tema tahun lalu yang banyak membawa makna dalam kehidupan dan kerjaya seorang guru. ‘Guru Pembina Negara Bangsa’…..begitu besar maknanya dan betapa mendalam hasrat negara dan rakyat kepada kita warga guru.

Sebagai mana lazimnya, sambutan Hari Guru akan diadakan di peringkat sekolah, susulan kepada sambutan di peringkat nasional. Ramai guru yang telah menghubungi PKG untuk mendapatkan audio dan lirik lagu Hari Guru tahun ini. Kepada mana-mana sekolah yang belum memiliki audio dan lirik lagu tersebut tuan-puan boleh memuat turunnya melalui rangkaian di bawah.

Sekali kepada semua, Selamat Hari Guru, dengan harapan semoga kerjasama, khidmat bantu, khidmat nasihat dan segala-galanya dapat dipetingkatkan pada masa-masa akan datang.

Muat turun audio dan lirik lagu Hari Guru 2010 di sini
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment