Untuk makluman, server SPPICTS masih lagi mengalami masalah teknikal. Memandangkan tempoh yang diberikan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi ( sehingga 9 April 2010), saya percaya usaha -usaha untuk memperbaikinya sedang giat dijalankan.
Sebagai persediaan awal, saya mencadangkan agar Guru-guru Penyelaras Bestari/ICT bersedia dengan data-data berkaitan agar kerja-kerja pengisian menjadi lebih mudah apabila server tersebut dapat beroperasi semula. Perlu diingatkan bahawa pemantauan tersebut meliputi lapan item iaitu :
a. Capaian internet
b. Pusat Akses Sekolah
c. Makmal Komputer
d. EduWeb TV
e. Peralatan PPSMI
f. Perisian Kursus Pendidikan
g. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
h. Perkongsian Pintar
Semua medan/dimensi di atas perlu diisi oleh pihak sekolah kecuali dimensi Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar sahaja yang hanya melibatkan sekolah-sekolah tertentu sahaja. Bagi enam dimensi lain, semua sekolah wajib mengisinya.
Saya juga suka mengingatkan agar Guru-guru Penyelaras Bestari/ICT cuba mengisi data tersebut melalui laman sesawang yang lain jika satu-satu laman yang dimasuki mempunyai masalah atau hanging. Laman yang boleh dimasuki untuk tujuan tersebut adalah seperti berikut :
a. http://ssqs.moe.edu.my
b. http://rnd.moe.edu.my/ssqs
c. http://pnp.moe.edu.my
Berikut adalah progres yang dicapai oleh semua sekolah dalam kelompok PKG Kg Bedal sehingga 6 April 2010, jam 10.45 pagi.

Saya amat berharap agar kerja-kerja pengisian data tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.
0 ulasan:
Post a Comment