Mountain View

Mesyuarat PSS & ICT : Terima kasih GPM & GPB


Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ICT kali 1/2010 telah diadakan pada 03 Feb. 2010. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan mengenai pengurusan makmal komputer dan pusat akses, penyelenggaran peralatan, program khidmat bantu ICT, bengkel pengurusan ICT dan program pemantauan.


Semua GPB sekolah kelompok PKG Bedal hadir. Ia juga turut dihadiri oleh GPB SK Bandar Kuala Krai yang baru dibuka. Mesyuarat tersebut berjalan dengan penuh harmoni dan berkesan.

Pengurusan PKG mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh GPB. Pengurusan PKG juga rasanya belum terlambat untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Penyelaras Media yang juga turut melibatkan diri secara aktif dalam Mesyuarat GPM dua hari yang lepas. Harapan kami semoga mesyuarat-mesyuarat tersebut dapat membantu guru-guru GPM dan GPB menjalankan tugas dengan lebih berkesan.


Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment