Mountain View

Mesyuarat Pengurusan GPM Kelompok PKG Bedal

PKG Kg Bedal telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan & Media bagi sekolah-sekolah kelompok PKG Kg Bedal sesi 2010 pada 1 Februari 2010 di premis Pusat Kegiatan Guru Kampong Bedal.


Mesyuarat ini melibatkan seramai 22 GPM, termasuk 2 GPM dari SK Bandar Kuala Krai dan SMK Bandar Kuala Krai yang belum dikelompokkan di dalam mana-mana PKG. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Ahmad Nazeri selaku PTP PKG Kg Bedal. Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang ini dijalankan khusus untuk menekankan mengenai pengurusan PSS dan penggunaan media di sekolah. Mesyuarat yang berakhir pada jam 5.50 petang itu turut menekankan perlaksanaan Program Nilam di peringkat sekolah.


Pada akhir mesyuarat, para guru diberi kesempatan mengajukan sebarang soalan atau kemusykilan yang mereka alami.

Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment