Mountain View

Kajian Status Peralatan dan Penggunaan TV di Sekolah

Kepada Guru-guru Penyelaras Bestari/ICT kelompok PKG Kg Bedal,

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menjalankan kajian secara online mengenai status peralatan dan penggunaan TV di sekolah-sekolah seluruh negara. Surat makluman mengenai kajian tersebut, Ruj : KP(BTP-PENT) 8800/44/2-2 Jld 5(18) bertarikh 28 Januari 2010 telah dihantar kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri.

Kajian tersebut boleh diakses melalui http://apps.moe.edu.my/spms/login.php menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama dengan SSQS.

Sukacita diingatkan bahawa hanya mana-mana salah seorang Pentadbir sekolah sahaja ( Pengetua/ GB/Pen Kanan/Penyelia Petang ) yang dikehendaki mengisi borang kajian tersebut. Semua sekolah dikehendaki menyelesaikannya sebelum atau pada 10 Februari 2010.

Saya memohon jasa baik tuan/puan untuk membantu Pentadbir menyelesaikan kajian tersebut. Tuan/puan boleh berhubung dengan PKG Kg Bedal melalui talian 09-9609717 sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam menjayakan kajian tersebut.
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment