Mountain View

Selamat Tahun Baru 2010

Hari ini merupakan hari terakhir kita berada pada tahun 2009. Esok 2009 akan meninggalkan kita dengan seribu satu macam kenangan. Sesungguhnya semua kenangan itu menjadi pengalaman yang amat berharga dalam mendewasakan hidup kita, walaupun dari segi usianya kita sudah cukup dewasa.

Detik-detik terakhir ini menuntut kita untuk bermuhasabah tentang lorong-lorong dan liku-liku hidup yang telah kita lalui sepanjang 2009. Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk sekolah-sekolah kelompok, kami sendiri berasakan masih terlalu jauh untuk dibanggakan. Walaupun pada hakikatnya, kami telah mencuba sedaya-upaya. Kami yakin rata-rata daripada kita sedang berkira-kira mengenai untung rugi yang telah dicapai pada tahun 2009 ini.

Sesuai dengan moto 2010 PKG Kg Bedal, Iltizam Memacu Anjakan, kami berhasrat untuk mencuba sebaik mungkin, malah lebih baik dalam memberikan perkhidmatan kepada sekolah-sekolah kelompok, khususnya kepada GPM dan GPB kami. Kami akan cuba bangkit daripada kelemahan tahun 2009. Kami jadikan teladan dan sempadan untuk membuat penambahbaikan pada tahun baru ini. Itulah azam kami. Sebagai permulaannya, blog ini kami sandarkan.

Saya ingin mengajak rakan-rakan semua untuk berganjak daripada kebiasaan. Saya juga ingin mengajak rakan-rakan agar dapat membantu saya dalam banyak hal. Kita bersama, bantu-membantu. Semoga apa yang akan kita lakukan pada tahun 2010 nanti akan memberikan kita satu kepuasan untuk diri-sendiri.

Selamat Tahun Baru.
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment