Mountain View

Prasarana PKG

PKG Kg Bedal pada peringkat awalnya ditempatkan di SK Kampong Bedal, Kuala Krai. Walau bagaimanapun atas dasar keperluan semasa, PKG Kg Bedal dipindahkan di Aras Tiga, Blok J,SMK Keroh. PKG Bedal agak selesa dengan bangunan sepanjang 15 bay(150 kaki)



Tuan-puan dialu-alukan untuk berkunjung ke PKG. PKG mempunyai ruang pentadbiran yang menempatkan kaunter Pembantu Tadbir, bilik Juruteknik Komputer dan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 & 2.



PKG Bedal juga memberikan kemudahan bilik mesyuarat untuk warga pendidik dan masyarakat setempat. Bilik mesyuarat ini boleh menampung lebih kurang 25 peserta dalam keadaan selesa dan berhawa dingin.

Bagi tujuan taklimat yang melibatkan peserta yang ramai, PKG juga menawarkan Dewan Kursus/Taklimat yang mampu menampung seramai 80 orang peserta.
Selain itu PKG juga menyediakan kemudahan bilik akses maklumat yang menempatkan dua buah pc. Bagi guru-guru yang mempunyai laptop, mereka juga boleh mengakses internet menggunakan wifi yang disediakan. Wifi PKG juga boleh diakses dari luar pagar sekolah. Masyarakat sekitar yang terdesak untuk mengakses maklumat tidak perlu berada di dalam kawasan sekolah, memadai berada di luar pagar sekolah sahaja.

Selain itu, PKG juga menawarkan kemudahan pinjaman buku-buku rujukan kepada guru-guru. Perpustakaan PKG mempunyai lebih dari 1500 buah buku pelbagai disiplin.

Berilah peluang kepada kami untuk membantu anda. Hubungi kami.
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment