Bengkel DVD CEFR Bahasa Inggeris KSSM Tingkatan 1


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Kuala Krai akan mengadakan bengkel sebagaimana ketetapan berikut :

            Tarikh : 9 Februari 2017 (Khamis)
            Masa : 8.30 pagi hingga 3.30 petang
            Tempat : Bilik Seminar PPD Kuala Krai

Sehubungan dengan itu, pohon tuan membenarkan 3 orang guru iaitu Guru Kanan Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 1 sekolah tuan untuk hadir ke bengkel tersebut. Bersama ini disertakan jadual bengkel untuk makluman tuan. Sebarang pertanyaan berkaitan bengkel ini boleh diajukan kepada Nurul Fakhri b Daud, PKG Kg Bedal (010-9128214), Ahmed Hafiz b Che Abdullah, PKG Pahi (019-3453651) dan Shamsuddin b Othman, PKG Dabong (019-5800939).


Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Surat rasmi telah diedarkan melalui pigeon hole PPD Kuala Krai.
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment