Mountain View

Pengemakinian Info Guru Perpustakaan Media Sekolah PKG Kuala Krai 2017

Salam sejahtera untuk semua Pengetua/Guru Besar Sekolah dalam PPD Kuala Krai.

Perkara : Pemuktamadan Jawatan Guru Perpustakaan Media Sekolah 2017

Setiap awal tahun sesi persekolahan, pertukaran guru antara sekolah dan pertukaran tugas guru di sekolah adalah menjadi kelaziman. GPM sekolah juga tidak terkecuali dalam hal ini. Sehubungan dengan itu, pengetua/guru besar dipohon menyegerakan perlantikan GPM baharu sekiranya berlaku pertukaran GPM lama atau berlaku kes-kes yang tidak dapat dielakkan.

Bagi memudahkan pengemaskinian info GPM PKG Kuala Krai tahun 2017, PKG Kuala Krai dengan ini telah menyediakan satu borang online dalam Google Form yang perlu dilengkapkan dengan kadar segera oleh GPM semua sekolah dalam PPD Kuala Krai.

PKG Kuala Krai dengan ini memohon pengetua/guru besar memanjang perkara ini kepada GPM sekolah masing-masing. Borang ini boleh dilengkapkan menggunakan PC/Laptop atau telefon pintar di alamat : gg.gg/infogpmppdkk2017 selewat-lewatnya atau pada 26.1.2017.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Pengisian Live


Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment