Pemantauan SPPICTS 2010

Pemantauan SPPICTS kali pertama bagi tahun 2010 akan bermula pada 21 Mac 2010 sehingga 9 April 2010. Guru-guru Penyelaras Bestari dan ICT sekolah boleh melengkapkan instrument pemantauan itu dalam tempoh tersebut. Surat makluman daripada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan bertarikh 3 Mac 2010 berkaitan dengan pemantauan tersebut telah dihantar kepada sekolah .

Instrumen pemantauan tersebut boleh diakses melalui mana-mana URL berikut:

a. http://ssqs.moe.edu.my

b. http://rnd.moe.edu.my/ssqs

c. http://pnp.moe.edu.my


Pemantauan tersebut meliputi lapan item iaitu :

a. Capaian internet

b. Pusat Akses Sekolah

c. Makmal Komputer

d. EduWeb TV

e. Peralatan PPSMI

f. Perisian Kursus Pendidikan

g. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

h. Perkongsian Pintar


Besarlah harapan saya sekiranya Guru-guru Penyelaras Bestari/ICT dapat menyempurnakan pemantauan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Ini adalah penting bagi mengelakkan sebarang kerumitan berlaku.

Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment