Mountain View

Cadangan Struktur Organisasi PSS & ICT

Dalam mesyuarat pengurusan bersama GPM dan GPB/ICT sekolah kelompok PKG baru-baru ini, Pengurusan PKG Kg Bedal telah ditimbulkan persoalan oleh Guru Penyelaras Media dan ICT mengenai kepelbagaian bentuk jawatankuasa PSS dan ICT yang wujud di sekolah. Selain itu, perubahan fungsi sektor-sektor di peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan juga menuntut perubahan dilakukan di peringkat sekolah. Elemen-elemen ini, jika tidak dikemaskinikan akan menimbulkan kecelaruan dalam pengurusan PSS dan ICT.

Sukacita pihak pengurusan PKG Kg Bedal mencadangkan agar jawatankuasa ini diselaraskan demi memudahkan pentadbiran dan mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan guru-guru penggerak perpustakaan, media dan ICT di sekolah.

Sampel carta organisasi tersebut boleh dimuat turun melalui menu muat turun dalam blog PKG. PKG Kg Bedal amat berharap agar sebarang perbezaan dengan organisasi sedia ada dapat diperkemaskan demi kebaikan bersama. Surat makluman mengenai perkara tersebut telah difaks ke sekolah kelompok.
Share on Google Plus

About PKG Kampong Bedal

0 ulasan:

Post a Comment