Assalamualaikum w.t.b
Terlebih dahulu PKG Kg Bedal mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya menyelesaikan pengisian data SPPICTS tahun lalu. Pada tahun ini, masih belum ada sekolah yang mengisi SPPICTS.Untuk makluman, Pengisian SPPICTS telah bermula sejak 27 Mac 2011 dan akan berkahir pada 16 April 2011.
Sebagai persediaan awal, tuan dicadangkan supaya bersedia dengan data-data berkaitan agar kerja-kerja pengisian menjadi lebih mudah dan cepat. Perlu diingatkan bahawa pemantauan tersebut meliputi lapan item iaitu :
b. Pusat Akses Sekolah
c. Makmal Komputer
d. EduWeb TV
e. Peralatan PPSMI
f. Perisian Kursus Pendidikan
g. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
h. Perkongsian Pintar
Kesemua medan/dimensi di atas perlu diisi oleh pihak sekolah kecuali dimensi bagi Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar sahaja yang hanya melibatkan sekolah-sekolah tertentu sahaja. Bagi enam dimensi lain, semua sekolah wajib mengisinya. Tuan juga dinasihatkan cuba mengisi data tersebut melalui laman sesawang yang lain jika satu-satu laman yang dimasuki mempunyai masalah atau hanging. Laman yang boleh dimasuki untuk tujuan tersebut adalah seperti berikut :
a. http://ssqs.moe.edu.my
b. http://rnd.moe.edu.my/ssqs
Adalah penting bagi semua sekolah menyelesaikan pengisian data tersebut dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit. Semoga mendapat perhatian serius dari pihak tuan. Terima Kasih.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya sebagai GPB yang baru dilantik dan guru-guru yang senasib dengan saya perlu lebih penerangan tentang pengisian data SPPICTS ini. Misalnya berapa jumlah respondan murid dan guru dan mungkin lain-lain perkara lagi. Dalam taklimat tempoh hari, tiada banyak maklumat yang diberikan. Atau adakah lain-lain panduan. Saya dah download dan print panduan-panduan yd terdapat dalam web yg dinyatakan http://ssqs.moe.edu.my .Tiada pun dinyatakan jumlah respondan untuk murid dan guru. Mohon bantuan segera. Terima kasih.