Aktiviti penarafan iQ-PSS bagi tahun 2010 telah bermula. GPM boleh memulakan penarafan PSS masing-masing mulai 9 Februari 2010. Tarikh akhir penarafan belum ditentukan.
Untuk memastikan kerja-kerja penarafan berjalan dengan lancar, para GPM dinasihatkan agar membuat penandaan pada hardcopy terlebih dahulu. Borang penarafan boleh dicetak melalui laman sesawang http://btp.tarantula.my/ atau melalui CD Data yang dibekalkan kepada GPB/ICT dalam Mesyuarat Pengurusan ICT Kelompok PKG baru-baru ini.
Antara tindakan yang perlu diselesaikan oleh GPM ketika membuat penarafan ialah :
•Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
•Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
•Masukkan catatan anda sebagai GPM.
•Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar
anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda
bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
•Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan
pengesahan pengetua/guru besar.
•Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada
PTP PKG anda.
Oleh kerana masa masih di peringkat awal, para GPM digalakkan agar menyediakan dan melengkapkan mana-mana item yang diminta dalam penarafan tersebut. Tindakan ini memberi peluang kepada sekolah GPM untuk mendapat gred penarafan yang lebih baik.
Selamat menjalankan penarafan PSS anda.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment